Sunday, January 20, 2013

Allah Lebih Menyayanginya

Assalamuaaikum...


Its been awhile.. Dah lama sangat tak update atas kekangan masa... Bulan 12 yang lepas, agak sibuk dengan urusan keluarga.. 17 November 2012, kenduri sambut menantu di rumah suami di Kemaman dan Wawa terus tinggal di rumah mertua memandangkan cuti sekolah sudah bermula.. Wawa kan cikgu, cuti juga lar kan.. Tak disangka 3 minggu di rumah mertua adalah saat akhir Wawa bersama nya..


10 December, En Suami pulang dan keesokan harinya kami ke Kelantan menziarahi keluarga di sana, membawa En Suami kenal rumah ahi keluarga di Kelantan dan kemudian kami pulang ke Melaka. En Suami ingin menghantar Wawa pulang ke Melaka terus kerana tidak mahu berkejar masa pada hujung cuti sekolah memandangkan jadual kerjanya tidak menentu..

14 December, Pak Ngah Zain dimasukkan ke wad.. Pak Ngah Zain sudah lama berperang dengan kanser paru-paru. Pak Ngah collapse dalam pukul 9 malam dan terus dikejarkan ke hospital.. Esoknya, jam 10pagi Pak Ngah pergi mengadap Ilahi.. En Suami terpaksa pulang ke Kemaman malam 15 December atas sebab panggilan untuk bertugas dan kembali semua pada 17 December kerana tugas di pelantar minyak ditangguh seminggu lagi.. Seminggu kami berada di Selayang menemani Mak Ngah dan En Suami pulang semula ke Kemaman pada 22 December..

Pada 24 December, En Suami sepatutnya mula bertugas di pelantar minyak namun disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk, helikopter tidak dibenarkan berlepas. Pada 25 December, air mula naik dikawasan rumah mertua dan memaksa En Suami membatalkan tugasnya. Tanggal 26 December, air mula naik tinggi dan ibu mertua membawa adik-adik ipar yang masih bersekolah rendah berpindah ke tempat perlindungan mangsa banjir.. Hamidi bersama jiran-jiran lain menolak bot yang dipinjam dari jiran sebeah untuk membawa ibu mertua dan adik-adik ipar ke tempat tinggi untuk menunggu hilux yang memindahkan mangsa banjir..

Melalui kawasan tanah tambun, Hamidi kemudian berhenti di hujung kawasan tanah tambun dan membiarkan jiran-jiran lain menolak bot hingga seberang jalan.. Hamidi berpatah balik untuk bersama En Suami dan ayah mertua menjaga rumah.. Namun tanpa disangka Hamidi tiba-tiba hilang di dalam air setelah beberapa langkah menapak pulang.. Jiran-jiran, ibu mertua serta adik-adik ipar tidak sedar akan kehilangaanya sehingga jiran yang sebentar tadi menolak bot berjalan pulang melalui tanah tambun dan menjumpai mayat Hamidi terapung. Ibu mertua menjerit melihat wajah anak kesayangannya. Cuba berlari mendapatkan Hamidi namun dihalang dan ditenangkan oleh orang-orang yang berada di situ. Hamidi dibawa pergi ke van JPAM dan cuba diselamatkan. Namun Allah lebih menyayanginya. Niat murninya menghantar ibu dan adik-adik ke tempat selamat akhirnya meragut nyawanya. Hamidi disemadikan selapas Maghrib. Wawa tidak berkesempatan bertemu arwah sebelum arwah disemadikan. 

Tidak disangka cuti diakhiri dengan kesedihan namun kami redha dengan pemergian mereka. En Suami masih tidak bertugas di peantar minyak, melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sulung membantu ibu dan ayah mengurus adik-adik dan perihal arwah. Moga ada hikmah di sebalik dugaan ini. 



Mamat, Kak Wawa takkan lupakan masa kita bersama. Tak disangka banyak tanda-tanda Mamat berikan pada Akak yang Mamat akan pergi selamanya. Mamat permata keluarga dan ternyata permata inilah yang lebih Allah sayangi.. Moga rohmu dicucuri rahmat dik.. Al-Fatihah...




Monday, December 3, 2012

Fitflop

Assalamualaikum...

Mengisi masa lapang di rumah mertua.. En Suami menjalankan tugas di Pelantar Larut-A, selama tiga minggu.. Sudah berpindah? Ooohh belum.. Tunggu sah jawatan dulu... Kembali pada tajuk ye..

Fitflop... Mesti tamai dah kenal kan.. Sandal yang paling selesa.. Serius memang hilang sakit tumit.. Maklum lar badan besar, sakit lar bula berjalan lama.. Tapi bila mula menggunakan fitflop, sakit berkurang dan kaki memang sentiasa berada dalam keadaan selesa.. Sekarang dah ada 2 pasang Fitflop.. Mula menggunakan Fitflop masa bulan 9 baru nie.. Agak mahal harganya.. Sepasang RM269 tapi sebab selesa, aku anggap ianya amat berbaloi walaupun hanya letak di kaki..




Nie Fitflop pertama...




Nie yang kedua.. Beli dgn offer dr RM269 kepada RM199.. Itu pun Dinie yang belikan sebab masa offer nie Wawa kat Melaka..



Bakal memiliki.. Sangat sukar warna tan macam nie..

Nanti ade duit lebih nak plak beli ynag di bawah hehe




Cuba lar beli sepasang.. Insyaallah x menyesal.. Saja kongsi apa yang best pakai.. Keselesaan penting kan... Masa untuk tidur.. Selamat Malam!

Monday, October 8, 2012

Membujang Beberapa Minggu

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sudah dua minggu bergelar seorang isteri.. Masih membiasakan diri dengan perubahan panggilan Cik Siti kepada Puan Siti oleh pihak pentadbir.. Rutin harian pun sedang diubahsuai mengikut kesesuaian.. En Suami yang telah bercuti selama 2 minggu setelah kami diijabkabulkan kini kembali bekerja.. Apabila belaiu kembali bekerja, beliau terpaksa meninggalkan isternya yang comel nie.. *wink

Memandangkan En Suami yang adventurous bekerja di pelantar minyak menjaga valve pressure dan segala bagai istilah Oil & Gas yang tidak difahami, aku sebagai isteri ditinggalkan sementara waktu bersama keluargaku di Melaka.. Memandangkan kami hanya memiliki satu kereta dan kereta itu milikku untuk aku ke sekolah, En Suami berulang alik dari Kemaman-Melaka dengan menaiki bas.. Buat masa ini, biarlah beliau menaiki bas.. Lebih jimat memandangkan jika ada kereta sekalipun, keretanya hanya digunakan seminggu dalam sebulan.. Atas rasa ingin berjimat cermat, satu kereta sudah memadai..


Kembali hidup bujang tidak terasa bosannya memandangkan bulan-bulan akhir persekolahan ini memerlukan kerja keras guru-guru menyelesaikan segala hal di sekolah. Kebiasaannya, jangka masa kerjanya adalah 3-4 minggu dan kadangkala hingga 5 minggu.. Maka aku ditinggalakan selama jangka masa tersebut. Pelbagai pesanan dan ingatan diberikan.. Sayu pada mulanya, namun setelah beliau pergi, alhamdulillah dapat membiasakan diri. Aku akui ada mengalirkan airmata 2 malam berturut-turut sebelum beliau bertolak pulang ke Kemaman.hehehe

Jam 10pagi tadi, beliau telah bertolak ke Platform Larut-A dengan menaiki helikopter dan selamat sampai sejam setengah kemudian.. Diharapkan dapat bertahan sehingga 4 minggu tanpa En Suami dan moga semua pesanan akan ditunaikan.. En Suami yang risau isterinya akan bosan telah menghadiahkan seekor sugarglider sebagai peneman.. Thank You! Ok gambar Gizmo ini menutup entri kali ini.. Bye2!


Gizmo!



Sunday, July 1, 2012

Kejap ada, Kejap Takda

Assalamualaikum..

Dah lama tak update guna laptop.. Entri sebelum nie, Wawa guna phone.. TQ En Tunang for the phone.. Very convenience.. Boleh guna untuk check email, tulis blog, baca paper, macam2 lagi.. Mujur ade phone tue, update jugak lar baru-baru nie.. Busy sangat ke Wawa?

Lebih kurang lar.. Tiap hari sangat lar penuh dengan kerja, appointment, urus itu ini.. Tambah pulak sekarang rumah tengah renovate, terbatas pergerakan.. Tambah plak notebook mak rosak, terpaksa guna notebook Wawa yang slow nie.. Kena format tapi takda masa nak kekedai,, malas nak menempuh jammed kat bandar.. So macam biskut chipsmore, kejapada, kejap takda..

Wawa agak busy prepare untuk majlis bulan 9 nanti.. Banyak lagi jugak tak settle & sekarang ade 80 hari lagi.. Pening jugak mengurus nie sorang.. En Tunang sibuk kerja, sebab nak cover cuti masa majlis nanti.. Kalau senarai apa yang belum settle, mesti Wawa berdebar.. Baik jangan senarai hehe~ Kat sekolah plak sekarang busy denagn panitia.. Biasa lar, cikgu baru kena jadi setiausaha.. Panitia Bahasa Inggeris.. Esok meeting, macam-macam kena prepare.. baru-baru nie murid Pendidikan Khas ada exam, Wawa urus sebab Wawa bantu penyelaras dalam kurikulum.. Nie pun tengah buat kerja.. hee~

Wawa nie pulak urus hal majlis, banyak amik jauh-jauh.. Contoh macam hias hantaran, dekat Bukit Gambir, Johor.. Kerepak & kek untuk doorgift dekat Muar.. Abah suruh amik andaman dekat Muar jugak.. mujur tak amik.. Jauh tue nak pergi semata nak ukur badan, baju siap nak fitting.. Spa untuk persediaan majlis pun mungkin amik dekat Bukit Gambir.. Yang lemah amik jauh2 nie, kena drive sendiri, sorang2 plak tue.. Adik2 semua dah keje, Mak pun busy kerja.. Cuma balik dari sana dengan abah sebab abah kerja di CIMB Bukit Gambir.. Kereta Abah, office boy die bawak balik.. Nie ade a few times lagi nak ke sana.. Hadoi~

Ok lar nak sambung buat kerja.. Tak siap esok bos marah hehe.. =)


Wednesday, June 27, 2012

Alhamdulillah~




Alhamdulillah~ dah sah lantikan.. Cukup setahun boleh mohon untuk sah jawatan.. Mak cakap dah bleh siapkan dokumen yg patot, nanti dah sampai masa terus hantar je..

Mak pesan suruh berkhidmat dgn ikhlas dan sehabis baik.. Insyaallah Mak..
Ooh esok a group of prof dari University of Amherst, Massachusetts US nak datang melawat sekolah.. Kena get ready.. Mesti kena appoint jd emcee ke ape2..
Memang dah lama tak update, terlalu sibuk..
Ok mari tido.. Goodnite, assalamualaikum..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, May 26, 2012

Away For A Week..

Holiday starts today except for Kelantan, Terengganu & Kedah.. They started yesterday.. So what's your plan for the holiday people?

yesterday was hectic.. Family semua balik Kelantan.. Me, I'm off to Pendang for a wedding invite.. Jumaat lepas sekolah, kelam kabut packing tge Mom got back from school, kami ke Tampin hantar kucing kesayangan di pet nursery, pegi Alor Gajah amik Si Bongsu di MRSM Alor Gajah.. Sampai rumah dah 4.30pm, and again I rushed to catch my bus at 6 to Shah Alam..

Tengahari tadi baru bertolak ke Pendang.. Selarang di Tesco Sg Petani Nak beli hadiah.. Lewat jugak lar sampai Pendang.. Mari jami mata! Hehe


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 16, 2012

Congratulations & Celebrations = Convocation!!



Hard work paid off! Alhamdulillah~ Konvo juga akhirnya.. =) Hadiah untuk Mak & Abah yang menjadi tulang belakang selama Wawa membesar nie.. Kasih sayang yang tiada bandingan, sokongan dan nasihat yang tidak pernah putus & wang ringgit yang disalurkan.. Untuk adik2 sebagai inspirasi untuk lebih berjaya dari kakak dan untuk En Tunang yang berdiri teguh selama 4 tahun saya menghadapi tahun2 ijazah yang penuh ranjau.. Tq dear sebab sentiasa ada bila perlu, tahan dengan perangai manja, sanggup datang melawat untuk pastikan saya dalam keadaan baik..

Konvokesyen nie diadakan di PICC Putrajaya..Seronok tak? Giler tak seronok! Yang pasti dapat jumpa kawan-kawan tue yang seronok sangat.. Macam-macam cerita..Dari hal murid, hal pentadbir,hal guru-guru senior ke hal kawen & imbau kenangan masa belajar.. Sampai kan dah nak berarak masuk dewan pun nak borak lagi hehe

Bila jumpa tengok semua makin cantik, makin hensem, makin berseri-seri.. Ramai yang datang dengan family.. yang dah bertunang, tunang pun datang sekali, yang dah kawen, suami pun ade jugak tgk suami/isteri konvo.. Wawa datang dengan Mak, Abah, Only Sis & Adeq Amer.. En Tunang ade di pelantar Guntong-A.. X sedih pun sebab ade family.. kalau xde sapa yang datang memang lar sedih kan..

 Tudung x jadi! btw Si chantek sebelah tue Mummy Zurein! =D

Sarol, Me, Zatey, Shida

Family!=)

Alhamdulillah =)

Berita paling menggembirakan bila kawan2 dah announce tarikh kawen masing-masing.. Buat masa nie termasuk Wawa, dah 5 orang yang confirm tarikh kenduri.. Bagitau awal2, bagi tak clash dengan tarikh kawan hehe.. Start dengan Ida, 26/5 dekat Sik Kedah & Shida plak ari Ahad 27/5 dkt Pendang Kedah.. pastu Wawa punya turn, 22/9.. Bulan 12 plak kenduri Ekin 1/12 dkt Penang & Mas 22/12 di Bukit Gambir Johor.. Wawa sorang je tak wat masa cuti sekolah hehe~ Cuti sekolah dah penuh.. =P

Konvokesyen sudah, kerja pun dah dapat.. Berkhidmat seikhlasnya untuk masyarakat.. Ada peluang, mau sambung belajar.. Masa konvo semua pegawai & lecturer yang terlibat nasihat suruh sambung belajar sebab muda lagi katanya.. Wawa pun nak jugak sambung belajar.. Insyaallah ade rezeki, xnk lpskan peluang =)
Ok lar mari sambung kerja2 sekolah yang tergendala..