Assalamualaikum...
Sedarkah kita, senyuman makin sukar dilihat?
senyuman makin pudar?
Tiada senyuman, hilanglah keindahan sebuah kehidupan..
Apakah niali sebuah SENYUMAN??
SENYUMAN
Ia tidak perlu dibayar, tetapi
mendatangkan banyak faedah
Ia adalah sedekah yang
menambahkan keceriaan penerimanya
tanpa mengurangkan pemiliknya.
Ia terjadi dalam sedetik, tetapi
boleh meninggalkan kenangan
untuk selama-lamanya
Tiada insan yang terlalu kaya
sehingga tidak memerlukannya
lagi pun, tiada yang terlalu miskin
hingga tidak mampu untuk memberikannya.
Ia mencipta keriangan di rumah
memupuk perhubungan baik dalam perniagaan
dan ianya sebagai wakil sebuah persahabatan,
Ia adalah ketenangan kepada pemberi
harapan kepada yang kecewa
cahaya kepada yang bersedih
dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan
Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri
kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya
melainkan setelah diberikan kepada orang lain
Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman
selain daripadaseseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan
hadiahkanlah sebuah senyuman..
Senyumlah selalu, berkatnya seribu..
Si Kecil manis tersenyum..
[ Gambar dari En.Google]
Senyuman manis & ikhlas membawa kepada perhubungan yang baik
Nota:
- Senyumlah kerana banyak manfaat yang boleh didapati dengan bersenyum
- Didiklah anak-anak kecil untuk bersenyum..
- Senyuman tidak memerlukan banyak tenaga atau usaha yang tinggi.. Hanya perlu menggerakkan sedikit otot-otot dibahagian muka.. Boleh dijadikan sebagai senaman ringan =)
- Mak Abah akan berangkat ke Mekah hari ini.. Ya Allah, lindungilah hartaku yang paling berharga ini.. Merekalah anugerah Mu yang terbaik..
4 comments:
alhamdulillah.... (nada mama) hehehee.....
Hahaha!!
Ko pn nk jd cam Naim yer Cik Mas..
=D
Baca sambil senyum la eh? :)
Mesti kne senyum =)
Post a Comment