Wednesday, July 27, 2011

Kau Idolaku!

Assalamualaikum...


Bersama Idola sepanjang hayat =)

Rahimah Abdul Rasid.. Wanita yang cukup unik di mataku..
Tenang, tabah, prihatin, penyayang,.. aaahhh terlalu banyak untuk
disenaraikan.. Beliau cukup kuat menghadapi kesukaran.. Beliau 
merupakan seorang Guru Besar yang dilantik pada usia muda.. 
Menghadapi kerenah guru yang pelbagai, perubahan sistem kurikulum
dan kerenah ibubapa serta murid.. Diuji dengan diminta mengurus 
sekolah yang mempunyai pentadbiran yang amat teruk..

Kini segala usaha membuahkan hasil.. Pada usia 44 tahun, beliau
diberi tawaran menyambung pangajian di UTM.. Berusaha sehabis baik
dengan kekangan masa di mana beliau bergilir belajar sebulan 
dan kembali menjadi pentadbir sebulan, berulang selama
3 tahun.. Setiap semester menerima Anugerah Dekan membuatkan Wawa
cukup kagum dengan usaha & kesungguhan beliau..

Tahun ini, beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..
Malah ini merupakan penganugerahan kedua..
Beliau mahu Wawa menjadikan kejayaan nye sebagai cabaran 
untuk Wawa.. Mampukah Wawa?

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Maaf kualiti gambar teruk)

Mak, Tahniah! Mak dah buat yang terbaik dalam menjalankan
tugas.. Mak cukup berdedikasi & serba boleh.. Sila beri tunjuk ajar
yer Mak.. I love you Mak!! =)


No comments: