Saturday, July 2, 2011

Kelebihan Bulan Sya'ban

Assalamualaikum...


Memandangkan Sya'ban bakal tiba,
Wawa nak kongsi sikit kelebihan Bulan
Sya'ban yang Wawa baca dari buku pemberian
Pensyarah, Hajah Salema Ahmad..

Ini antara input yang telah dibaca..

  1.  Sabda Nabi S.A.W.: Apabila masuk bulan Sya'ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu ( Al-Hadis)
  2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Sya'ban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat dan diwajibkan syurga baginya.
  3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Sya'ban dan akhir Khamis, dimasukkan dia ke dalam Syurga.
  4. Berkata Siti aisyah R.A, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah ialah bulan Sya'ban.
  5. Sabda Rasulullah S.A.W: Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (rohani dan jasmani).
  6. Sabda Rasulullah S.A.W: Bahawa puasa Sya'ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa 3 hari daripada bulan Sya'ban, kemudian dia bersolat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya..
  7. Allah S.W.T membuka 300 pintu rahmat di bulan Sya'ban..

Ada lagi input daripada buku yang Wawa baca nie.. Tajuk bukunya Fazilat Bulan Rejab, Sya'ban & Ramadhan.. Terima Kasih Mama atas pemberian buku yang amat bermanfaat ini.. Sama2 lar kita manfaatkan bulan Sya'ban ini..


Nie lar buku nye =)
p/s: Kenyang sgt2.. Nak terjeluak dh rase.. Tak rase mkn byk pun, mungkin sbb dah lme x mkn mlm wat Wawa rase mcm nie.. Adoi, perut pun sakit.. Terima Kasih PK1 wat jamuan nie =D

Thanks for reading!



1 comment:

Anonymous said...

oh byknya.. thx for sharing! :)