Friday, January 6, 2012

Membeli Secara Bijak?

 Bagaimana nak membeli secara bijak? YES dah habis kan? Ke belum.. I'm not so sure since I didn't take part in it this year.. Proud of myself.. The truth, sebelum nie Wawa tak pernah tak amik bahagian & menaburkan wang masa YES.. Tambah2 masa dah ada elaun sendiri, Duit elaun bln 12 tak pakai sebab duduk rumah je kan.. RM600, macam2 boleh beli.. Kadang2 tak abes pun sebab kalau Ery datang melawat, ade lar beli hadiah bufday tertunggak lar, hadiah anniversary tertunggak lar.. Tapi memang tiap tahun tak pernah miss and I'm proud not to take part in it this year's YES..

Membeli dengan bijak, bayak tips nya tapi mampukah kita kuat semangat untuk ikut tips yang ada.. Ok nie antara tips yang Wawa pernah baca & still simpan sebagai panduan.. Panduan je lar, ikot ke tak? tak tau ar kan =D

Sebelum Membeli


Setiap kali nak membeli kita sebenarnya kene tanya diri sendiri mampu ke nak beli, kalau beli over bajet tak, berbaloi tak nak beli.. Aliran wang/tunai  dan bajet peribadi boleh jawab soalan nie..


  1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli.
  2. ‘Window-shop’ tanpa membawa wang yang banyak.
  3. Jangan jadikan membeli belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan
  4. Tinggalkan kad kredit di rumah untuk mengelak belanja secara berlebihan.
  5. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah yang mencukupi sahaja
  6. Jangan membeli belah untuk menunjuk-nunjuk pada pesaing, rakan ataupun jiran.
  7. Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan yang kita minat di laman web jualan lelong seperti lelong.com atau mudah.my. Ini kerana kita mungkin terjumpa dengan barangan yang diminati dalam harga yang murah walaupun sebenarnya kita belum memerlukan barangan berkenaan pada waktu itu.
  8. Jangan amalkan singgah di pasar raya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja

Semasa Membeli



  1. Kualiti produk mungkin sama dengan jenama lebih murah.
  2. Jangan mudah terpengaruh tawaran istimewa.
  3. Buat perbandingan harga.
  4. Sentiasa memeriksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian
  5. Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dalam keadaan perut kosong.
  6. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja.
  7. Untuk jualan murah, sila teliti kualiti barangan yang dipamerkan dan pastikan barangan yang dipamer itu di bawah promosi.
  8. Tawar harga barangan seberapa boleh jika membeli di kedai biasa.
  9. Berani mengatakan “tidak” sekiranya tidak memerlukan barangan yang ditawarkan.
  10. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika anda tidak ada kemampuan.

Selepas Membeli

  1. Buat aduan terhadap barang yang rosak jika masih dalam waranti.
  2. Kira semula wang yang telah anda belanjakan. Jika masih ada baki, simpan wang tersebut. Sekiranya perbelanjaan anda sudah melebihi bajet, atur semula perbelanjaan anda, dan pastikan anda tidak mengulangi kesilapan ini lagi.



Wawa ada jugak ikot tips nie & kadang2 tak ikot.. Selalu keuar bawak senarai tp sebab bawak duit lebih, akan ada beli barang yg tak senarai dalam list.. Nice kan.. Tapi memandangkan wawa bakal ada gaji sendiri, Wawa memang perlu ikut tips2 nie untuk pastikan perbelanjaan sentiasa dalam bajet persendirian Wawa... Disiplin sangat penting dalam berbelanja.. Tips nie Wawa tak ingat amik dari site mana tp amat useful kalau kita ikot..

Kepada yang mahu cuba, gudluck ok! =D

2 comments:

TecerWidad said...

Akak belanja ikut suka ja. agak terlebih, selalu pujuk diri duit yg dibelanja hasil titik peluh sendiri maka sekali sekali reward utk diri sendiri. hehehehe

Wawa Amran said...

Terlebih tp ada duit xpe.. kalau terlebih beli pastu x cukup duit pyh lar.. Akak kewangan stabil dah, sy br nak bina kewangan.. =)