Monday, October 8, 2012

Membujang Beberapa Minggu

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sudah dua minggu bergelar seorang isteri.. Masih membiasakan diri dengan perubahan panggilan Cik Siti kepada Puan Siti oleh pihak pentadbir.. Rutin harian pun sedang diubahsuai mengikut kesesuaian.. En Suami yang telah bercuti selama 2 minggu setelah kami diijabkabulkan kini kembali bekerja.. Apabila belaiu kembali bekerja, beliau terpaksa meninggalkan isternya yang comel nie.. *wink

Memandangkan En Suami yang adventurous bekerja di pelantar minyak menjaga valve pressure dan segala bagai istilah Oil & Gas yang tidak difahami, aku sebagai isteri ditinggalkan sementara waktu bersama keluargaku di Melaka.. Memandangkan kami hanya memiliki satu kereta dan kereta itu milikku untuk aku ke sekolah, En Suami berulang alik dari Kemaman-Melaka dengan menaiki bas.. Buat masa ini, biarlah beliau menaiki bas.. Lebih jimat memandangkan jika ada kereta sekalipun, keretanya hanya digunakan seminggu dalam sebulan.. Atas rasa ingin berjimat cermat, satu kereta sudah memadai..


Kembali hidup bujang tidak terasa bosannya memandangkan bulan-bulan akhir persekolahan ini memerlukan kerja keras guru-guru menyelesaikan segala hal di sekolah. Kebiasaannya, jangka masa kerjanya adalah 3-4 minggu dan kadangkala hingga 5 minggu.. Maka aku ditinggalakan selama jangka masa tersebut. Pelbagai pesanan dan ingatan diberikan.. Sayu pada mulanya, namun setelah beliau pergi, alhamdulillah dapat membiasakan diri. Aku akui ada mengalirkan airmata 2 malam berturut-turut sebelum beliau bertolak pulang ke Kemaman.hehehe

Jam 10pagi tadi, beliau telah bertolak ke Platform Larut-A dengan menaiki helikopter dan selamat sampai sejam setengah kemudian.. Diharapkan dapat bertahan sehingga 4 minggu tanpa En Suami dan moga semua pesanan akan ditunaikan.. En Suami yang risau isterinya akan bosan telah menghadiahkan seekor sugarglider sebagai peneman.. Thank You! Ok gambar Gizmo ini menutup entri kali ini.. Bye2!


Gizmo!



3 comments:

cahayapenawar said...

walaalaikumsalam...
alahai ciannyer si pengantin baru nie...
dh kena tinggal...
x aper wawa....en suami berjuang tuk negara....heee3

Wawa Amran said...

Hehehe.. Macam tentera laut dah bunyinye kak... =D

Anis said...

Salam kenal wawa, mmg kalau hubby outstation rasa bosan giler, tapi tulah sugar glider tu sgt comel...blh la buat main bila2 boring tu. Jemput dtg blog akak ye

ANISVITASHOP