Its been awhile.. Dah lama sangat tak update atas kekangan masa... Bulan 12 yang lepas, agak sibuk dengan urusan keluarga.. 17 November 2012, kenduri sambut menantu di rumah suami di Kemaman dan Wawa terus tinggal di rumah mertua memandangkan cuti sekolah sudah bermula.. Wawa kan cikgu, cuti juga lar kan.. Tak disangka 3 minggu di rumah mertua adalah saat akhir Wawa bersama nya..
10 December, En Suami pulang dan keesokan harinya kami ke Kelantan menziarahi keluarga di sana, membawa En Suami kenal rumah ahi keluarga di Kelantan dan kemudian kami pulang ke Melaka. En Suami ingin menghantar Wawa pulang ke Melaka terus kerana tidak mahu berkejar masa pada hujung cuti sekolah memandangkan jadual kerjanya tidak menentu..
14 December, Pak Ngah Zain dimasukkan ke wad.. Pak Ngah Zain sudah lama berperang dengan kanser paru-paru. Pak Ngah collapse dalam pukul 9 malam dan terus dikejarkan ke hospital.. Esoknya, jam 10pagi Pak Ngah pergi mengadap Ilahi.. En Suami terpaksa pulang ke Kemaman malam 15 December atas sebab panggilan untuk bertugas dan kembali semua pada 17 December kerana tugas di pelantar minyak ditangguh seminggu lagi.. Seminggu kami berada di Selayang menemani Mak Ngah dan En Suami pulang semula ke Kemaman pada 22 December..
Pada 24 December, En Suami sepatutnya mula bertugas di pelantar minyak namun disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk, helikopter tidak dibenarkan berlepas. Pada 25 December, air mula naik dikawasan rumah mertua dan memaksa En Suami membatalkan tugasnya. Tanggal 26 December, air mula naik tinggi dan ibu mertua membawa adik-adik ipar yang masih bersekolah rendah berpindah ke tempat perlindungan mangsa banjir.. Hamidi bersama jiran-jiran lain menolak bot yang dipinjam dari jiran sebeah untuk membawa ibu mertua dan adik-adik ipar ke tempat tinggi untuk menunggu hilux yang memindahkan mangsa banjir..
Melalui kawasan tanah tambun, Hamidi kemudian berhenti di hujung kawasan tanah tambun dan membiarkan jiran-jiran lain menolak bot hingga seberang jalan.. Hamidi berpatah balik untuk bersama En Suami dan ayah mertua menjaga rumah.. Namun tanpa disangka Hamidi tiba-tiba hilang di dalam air setelah beberapa langkah menapak pulang.. Jiran-jiran, ibu mertua serta adik-adik ipar tidak sedar akan kehilangaanya sehingga jiran yang sebentar tadi menolak bot berjalan pulang melalui tanah tambun dan menjumpai mayat Hamidi terapung. Ibu mertua menjerit melihat wajah anak kesayangannya. Cuba berlari mendapatkan Hamidi namun dihalang dan ditenangkan oleh orang-orang yang berada di situ. Hamidi dibawa pergi ke van JPAM dan cuba diselamatkan. Namun Allah lebih menyayanginya. Niat murninya menghantar ibu dan adik-adik ke tempat selamat akhirnya meragut nyawanya. Hamidi disemadikan selapas Maghrib. Wawa tidak berkesempatan bertemu arwah sebelum arwah disemadikan.
Mamat, Kak Wawa takkan lupakan masa kita bersama. Tak disangka banyak tanda-tanda Mamat berikan pada Akak yang Mamat akan pergi selamanya. Mamat permata keluarga dan ternyata permata inilah yang lebih Allah sayangi.. Moga rohmu dicucuri rahmat dik.. Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment