Assalamualaikum...
Wawa dah lama tak update blog nie..
Bukan setakat tak update blog, blogwalk pun wawa
dah lame tak buat.. Sorry kawan2.. Masa tak mengizinkan..
Ahad nie dah nak mula praktikum, lagilah tak ade masa..
Maaf lar, bukan Wawa nak mengabaikan Cik Blog nie..
Mesti Cik Blog nie sedih kan..
Macam nie lar agaknye rupa sedih Cik Blog nie =P
Kali nie Wawa bukan nak crita pasal En Sayang Wawa ke apa..
Ye lar kan tajuk entri psl cinta..
Tau tak cinta nie ade 7 jenis..
Nie pun Wawa dapat tahu dr hasil pembacaan..
7 jenis cinta
Nie pun Wawa dapat tahu dr hasil pembacaan..
7 jenis cinta
- Cinta al-Mawaddah (Penuh Kasih Membara)
- Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan)
- Cinta Kulfah
- Cinta al-Mailu (Tidak Keruan)
- Cinta as-Syaghaf (Mabuk Asmara)
- Cinta Ra'fah (Dayus)
- Cinta Shobwah (Syahwat)
Sejenis cinta mengebu-gebu, membakar dan mekar.
orang yang memiliki jenis mawaddah, mahu selalu
berdua, enggan berpisah & selalu ingin memuaskan
dhaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya dan
hampir tidak boleh melihat cinta yang lain.. Kebiasaannya
cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru berkahwin
atau cinta seorang hamba yang soleh kepada Allah SWT.
Sentiasa akrab & intim..
Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan)
Sejenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,
sedia berkorban & sedia melindungi. Orang yang
memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan
orang yang dicintainya berbanding diri sendiri. Termasuk
dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai
pertalian darah terutamanya cinta orang tua terhadap anak dan
sebaliknya. Oleh itu di dalam al-Quran kerabat disebut al-arham,
dwazi al-arham, yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih
sayang secara fitri yang berasal dari hubungan kasih sayang ibu
disebut rahim (daripada perkataan rahmah). sejak janin, seorang anak
sudah diliputi oleh suasana psikologi kasih sayang dalam satu ruang
yang disebut rahim. Selanjutnya antara orang-orang yang memiliki
hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturrahim iaitu menyambung
tali kasih sayang. suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah & rahmah
sekali gus biasanya saling setia zahir batin di dunia & akhirat.
Cintaal-Mawaddah & ar-Rahmah ini dipetik daripada surah ar-Rum ayat 21:
Maksudnya: Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa
kasih & sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Cinta Kulfah (Mendidik)
Sejenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal
yang positif meskipun sulit seperti orang tua yang menyuruh anaknya
menyapu dan membersihkan bilik tidur sendiri walaupun ada pembantu.
Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari.
Jenis cinta ini disebut dalam al-Quran ketika menyatakan bahawa Allah SWT
tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan
bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yang mandiri..
Sebagai firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286:
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai
dengan kemampuannya.
Sampai sini dulu, nanti sambung dalam Part 2..
& jenis cinta nie Wawa amik dari buku Kompas Cinta
oleh A. Ubaidillah Alias..
No comments:
Post a Comment